Siri Pemutihan Peach

INFORMASI PRODUK

⚬ PENCUCI MUKA PELEMBAP
⚬ TONER PELEMBAP
⚬ LOSYEN PELEMBAP
​⚬ KRIM PELEMBAP UV

Kosmetik terbaru 29NEXENTURYSIRI PEMUTIHAN (BUAH PEACH) – dengan sifat semulajadi buah peach, dapat membantu pengguna dalam proses pemutihan dan meningkatkan penghidratan kulit.

Buah Peach (Prunus persica) memainkan peranan yang luas dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Ia mengandungi banyak nutrien yang berguna terutamanya multivitamin dan mineral. Sebagai contoh, Vitamin A memberikan kesan kelembapan kulit, Vitamin C membantu mencerahkan kulit pengguna, dan Vitamin E memainkan peranan antioksidan untuk mengurangkan kesan kerosakan sel kulit daripada faktor radikal bebas. Mineral seperti Kalsium pula menyumbang dalam proses perolehan sel kulit.

Selain itu, daun buah peach juga mengandungi bahan aktif seperti tanin dan flavonoid yang merupakan antioksidan yang kuat untuk menjaga dan membaiki sel kulit yang rosak.

SIRI PEMUTIHAN (BUAH PEACH) menjamin warna kulit yang sihat dan memberi peluang kepada semua pengguna untuk memiliki kulit cerah yang diidamkan!

PENGGUNAAN

1. Buihkan sedikit pencuci muka sebelum disapu pada kulit muka. Lakukan pembersihan dalam bentuk putaran yang lembut. Bilaskan muka dengan air bersih.

2. Basahkan kapas muka dengan sedikit toner. Sapukan toner ke seluruh muka dalam bentuk putaran. Elakkan bahagian mata, lubang hidung dan mulut.

3. Sapukan sedikit losyen pada muka dalam bentuk putaran. Elakkan bahagian mata.

4. Sapukan sedikit krim dengan lembut dan sama rata pada bahagian dahi, pipi, hidung dan dagu.

RM 1,200.00

Kod Produk: C105

Sila membaca dan menerima Cara Bayaran, Terma dan Syarat Penghantaran & Polisi Bayaran Balik

Masih tidak menjumpai produk kasihi? Sila berhubung dengan kami

HUBUNGI KAMI